BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Friday, December 10, 2010

Ngangkung VS Rapunzel??

..Assalamualaikum..

..Antara NGANGKUNG  dengan RAPUNZEL.. 
Mana yang korang nak tengok??

Aku nak tengok NGANGKUNG!!!!!!!!!!! Mak aku nak tengok RAPUNZEL!!!!!!!!!!!

Huhu.. Korang x pelik ke mak aku nak tengok RAPUNZEL?? hehe =)
Mak aku beriya2 nak tengok RAPUNZEL sebab dia kata iklan kartun tu nampak macam unik.. Kuda tu nampak macam kelakar dan Rapunzel tu nampak macam lain dari lain.. Kan kalau cerita puteri2, biasanya nampak ayu je kan... Tapi, rapunzel tu nampak macam ganas.. Tu yang ibu nak tengok sangat tuh..

Aku ngan mak aku pon macam gadoh2 manja time nak tengok wayang.. Kalau ibu tengok Ngangkung, aku akan belanja.. Tapi kalau aku nak tengok Rapunzel, ibu plak yang nak belanja.. hehe =).. Punye lah beriya dua2 nak tengok filem pojaan hati.. 

LAST2... SAPE AGAKNYA YANG DAPAT TENGOK FILEM POJAAN HATI??

1

2

3









Taraaaaaaaaaaaaaaa


Yeay.. Ngangkung menang.. Hehe..

Kesian mak aku.. Takpe, next week aku nak tengok cter RAPUNZEL ngan mak aku.. hehe =)
Asalnya, macam ni.. Aku seperti ingin mengalah.. Nak teman mak aku tengok RAPUNZEL.. Kebetulan, sepupu aku dua orang datang.. Tanyelah dorang nak tengok cter apa.. Dorang pon nak tengok NGANKUNG.. Jadi, 3 vs 1.. 3 la menang... huhuuhuhuhuhuhuhuhu..

Kami pon tengoklah wayang dengan suka rianya.. Naseb bek cerita NGANKUNG best gle... Kitorang berempat termasok mak aku yang x nak tengok cerita tu pada awalnya, berkekek gelak.. Awal2 dah lawak cter tu.. Adoi... Akak belakang aku tu, lagi lah beriya gelak.. Yang orang tak gelak pon dia gelak weh.. Tension aku.. Tapi, bagus jugak, meriahkan suasana kan..

NGANGKUNG best.. Tak nyesal aku belanja mak aku.. =)

Cerita dia dapat beri pengajaran pada kita semua.. Memang ada mesej yang nak ditonjolkan.. Selain tu, dapatlah kite hilangkan tension ye.. Terutama pada kita yang dah dapat tahu result ni.. (Result teruk weh.. Jadi, jom tengok wayang)

Kepada sesiapa yang nak tengok NGANGKUNG, jangan ragu2 ok.. 


Ape2 pon, ni untuk ibu ku yang tersayang



Selamat Menonton NGANGKUNG & RAPUNZEL (coming soon for me) =)

Monday, December 6, 2010

Aku Pekerja MAHA..


Dapat kawan baru yang best

Seronok dapat kenal kamu Maryam =)


Tembak Etonzz sebab belum keje lagi dah ngantok

Kak Eton tengah amek gambar jem kat MAHA
Kitorang pon tersekat weh.. =)

Tatkala bosan (amboi, dah lah tket tak banyak jual.. posing je lebih)

Jom main permainan cari nama aku.. huhu =)

Syira.. Yana.. Eno Farhana.. Etonzz..

Kami jaga lot parking yang sama

Time first day naik tram



..APE2 PON..
..KORANG TETAP DI HATI KU..

..HIDUP PINTU 1.. HAHA..

TAPI!!!!



































Aku nak keje lagi leh x..??
PLZZZZZ...




Thursday, December 2, 2010

MAHA 2010

Assalamualaikum semua... =)

MAHA tu ape ek?? Hurm, jom kita terjah ok.. 

MAHA  => Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show

Besar jugaklah dia punye tempat.. Penat jalan weh.. Aku yang keje kat MAHA ni pon x habis pusing lagi weh ( padahal ko baru pusing 2 kali je.. macam pusing hari2 plak ek cara ko cter tu.. hehe =) ). Memang korang kalau nak datang, datang pagi tau.. Kalau petang, takot x puas n takot hujan.. Aku kerja shift petang, masuk dalam pukul 3ptg.. Biasanya, pukul 4 da sart mendung n hujan.. Siap petir2 tau.. Seram jugak lah.. Huhu.. Aku memang mengucap selalu jugaklah sebab aku takot.. Ajal maut kan kita tak tahu ble kan.. Hurm.. Lagi satu, jangan lupe bawak PAYUNG.. Sangat penting untuk pelbagai cuaca.. Kalau panas, boleh pakai dan kalau hujan pon, boleh pakai.. =) Lagi satu, jangan lupa sediakan duit parking RM3.. Mahal ke?? Tak mahal lah.. Korang boleh letak sehari suntuk tau.. Bukan ikot jam ok.. (padahal, aku lah tukang jaga parkingnye)..

JADI, KORANG KENA DATANG KAT PARKING H TAU!!! SEBAB?? AKU JAGA PARKING H.. SEKARANG AKU DAH TUKAR SHIFT PAGI, JADI KORANG WAJIB DATANG PAGI TAU!! KALAU PAKCIK RELA SURUH LETAK TEMPAT PARKING LAIN, KO MERAYU2 LA NAK JUGAK PARKING H.. HEHE =) INGAT, MERAYU K!!! PLZZZZZZ!!

Nak cerita pengalaman boleh tak?? Boleh la... Aku nak cerita jugak..

Aku adalah PENJAGA PARKING kat MAHA.. Jadi, kalau korang bawak kereta, tolonglah parking kat dalam area MAHA.. huhu.. Bahaya parking kat luar.. Memang sesak dan lama nak masuk, tapi parking ada banyak kat dalam.. Kalau dah tak ade parking, dia akan tulis, FULL dari luar..

NAK TAHU CIRI2 PENJAGA PARKING YANG BAIK??

1) Kena sentiasa senyum (Walaupun orang marah2.. Korg hanya menjalankan tugas dengan amanah jadi korang diam je ok..)
2) Tahan makian (Korang kena tahan makian supaya korang tak termaki balik.. Kalau rasa nak nangis, itu perkara biasa..)
3) Bersabar (Bersabar dengan kerenah orang.. Bersabar dengan cuaca yang tidak menentu seperti sangat panas dan hujan yang sangat lebat sampai nak terbang khemah kitorang.. Tapi ni betul2 terjadi tau..)
4) Kena ada "immun" body yang kuat (Cuaca berubah2, jadi kena sesuaikan diri dengan keadaan agar tidak demam)

Kalau korang ada ciri2 ni, korang bolehlah apply untuk jadi penjaga parking MAHA 2012 sebab MAHA ni acara dwi tahunan.. =)

Kepada sesiapa yang pernah datang MAHA atau akan datang ke MAHA, kalau jem sangat lama atau sebagainya, aku harap, korang faham ye.. Kami dah cuba yang terbaik untuk melancarkan perjalanan MAHA sebab hari2 ada perubahan kat tapak MAHA tu untuk mempermudahkan pengunjung.. Harap korang dapat memahami situasi yang kami hadapi ya.. Kadang2, apa jua perkara yang berlaku di luar jangkaan.. Apa2 pon, JOM DATANG MAHA.. 5 DIS last =)

Untuk Pedoman..

Hye semua...

Kita selalu tak perasan tapi ini sering terjadi.. Kita akan "judges" seseorang itu dari paras rupa atau pun personaliti luaran yang ditonjolkan oleh seseorang.. Tapi, janganlah melihat bahawa sekiranya personaliti nya tidak menarik, maka tiada apa2 yang menarik mengenai individu itu.. Setiap individu itu mempunyai sifat mereka yang tersendiri.. Kita harus mengenali seseorang itu dahulu dan jangan memandang rendah pada kemampuan seseorang.. (ambui, serious sungguh penulisan engkau kali ini ye.. hehe)

Sebenarnya, aku nak tunjuk kat korang tentang sorang "nenek" ni.. Tapi bukan nenek yang sebarangan ok.. Dia sangat2 berbakat tau.. 


<<<TAK PERCAYA??? TENGOK NI OKIES DOKIES>>>



Cube korang tengok betul2.. Pada mulanya, ada penonton yang macam "memperlekeh" kat dia.. Buat muke yang herot berot.. Si juri pon macam x percaya yang dia berbakat.. TAPI,,,, hakikatnya, dia sangat BERBAKAT weh.. Aku suke gle tengok reaksi orang2 yang perlekeh dia tu ble dengar dia nyanyi.. Memang superb lah weh... Baru tercengang dorang tengok.. Tu lah, perlekeh kat orang lagi.. Tak baik tau.. Ko ada suara macam dia?? haa.. Tak ade kan?? Jadi, jangan dok pandang rendah kat orang okeh.. Walaupon rambot putih, suara merdu weh....


Setiap individu mempunyai kelemahan dan kelebihan.. Walaupun kita nampak lebih banyak kekurangan pada diri kita, jangan cepat putus asa k.. =) Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya dan hanya ALLAH yang tahu apakah rahsia pada setiap kejadian.. 


Renung-renungkan dan SELAMAT BERAMAL!!

Wednesday, December 1, 2010

Si Gadis Yang Berbakat Besar => Ainan Tasneem =)

Assalamualaikum.. 

Kali ni, aku nak bercerita tentang si gadis yang suweett dan cute, Ainan Tasneem.. Sangat comel dan suara nye, pergh..... BEST!!! 

Cube teka UMUR dia berapa??

Dia ni budak Matrikulasi Perak.. Amek Sains Hayat.. Kirenya, umur dia baru 18 tahun.. Hebat kan.. Pandai main gitar n suara dia pon sedap.. Mungkinkah nanti Ainan Tasneem ni boleh jadi macam Anna Rafali? 
Anna Rafali pon start dari menguploadkan video2 dia kat youtube.. =) 
Apa2 pon, GOOD LUCK TO AINAN TASNEEM..


Ainan Tasneem nyanyi lagu Keluang Man..
Kalau nak tengok lain2, pergi dekat youtube and search je nama, AINAN TASNEEM k.. =)
Kalau nak jadi fan dia kat FB pon, search nama AINAN TASNEEM jugak ye.. Thanx u..

Friday, November 26, 2010

Kalau Berpacaran

Hye Semua...

 Kalau berpacaran ni lagu baru tau.. Best lah wei.. Aku sangat suke..
Ada mesej yang nak disampaikan =)
Cube baca lirik dia btul2..

KALAU BERPACARAN

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x
Lagu ni macam bagi nasihat kat 'pasangan'2 bahagia.. Bagus kan.. =)

Video lagu Kalau Berpacaran :



5 bintang untuk lagu ni.. Ting ting.. Blink blink..

Thursday, November 25, 2010

Khas Untuk Sahabat

Assalamualaikum.. =)

Ni kisah agak lapok.. Tapi nak tulis jugak sebab aku sangat terharu.. Mesti ko terharu kan sebab aku nak tulis entry ni khas untuk ko weh (NURFIDYANA BINTI ARSHAD).. 
She is one of my bestfriends okies.. =)

Bufday dia 21 November aka hari Ahad.. Tapi aku x bg hadiah kat dia pon sebab dah akhir sem kan.. Faham2 jelah.. Huhu.. Aku cume jadi orang pertama yang wish bufday dia kat FB. Hehe.. 

Hari Ahad tu, tiba2 dia bagi aku n kawan aku sekotak libress.. Ops.. Tapi dalam dia, ko nak tahu x ape?? Bertuah punye budak, dia g balot 'hadiah' yang dia nak bagi tu dengan paper yang sangat2 banyak.. Aku hampir putus asa n nak buang dah, tapi kawan aku kata, 
"ade benda ni nadia, ko try lagi"..

Rupa-rupanya dia bagi benda nih =>

Aku sangat terharu weh.. Patutnya aku yang bagi dia hadiah.. Tapi, dia yang bagi aku..

..Aku pon terus pasang kat handphone aku sebagai tanda terima kasih, sangat gembira dan terharu serta sangat seronok..

Best tak?? (best sangat)

Terima kasih pada kau yana uit.. Aku sangat suke weh..

Ape-ape pon, 
Thanx A Lot To U
Happy Bufday Yang ke 22 okies..
Frenship Forever..
Ni je yang aku mampu bagi ko..


Sekian.. Terima Kasih =)