BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Sunday, February 27, 2011

Selamat Hari Tua Nadiatul Farhana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku sudah tua.. Yeay.. Sudah matang.. Ye ke???
Hehe.. 22 tahun dah umur kau Nadiatul Farhana.. Sedar diri sket ye.. Behave ur self.. =)

Ape yang best dengan hari ini??

Kolej kesayangan aku, Kolej Tun Dr. Ismail dah adakan MAKT tau pada 27 Februari pada dua tahun berturut2 (tahun 2010 n 2011).. 
Ape MAKT tu ek?? 
MAKT tu, Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi (Makan Malam Final Year)..

Aku seronok la sebab 27 Februari tu telah jd hari yang bersejarah buat kolej dan aku jugak.. Aku dah dua tahun berturut2 jugak jd AJK MAKT ni.. Memang aku akan buat yang terbaik dan all out untuk malam tersebut.. Chaiyok!!!!!! 

Thanx pada semua orang yang wish saya ye.. Saya sangat2 terharu.. =)
Saya sangat2 seronok.. Saya sangat2 happy.. Saya sangat2 risau jugak untuk malam MAKT ni.. Harap2 semua berjalan lancar ye.. =)

Sekian, terima kasih..

Tuesday, February 22, 2011

Bangga aku bila baca benda ni kat FB =)

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

by HAnif KHair on Sunday, February 6, 2011 at 12:02pm
1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.



Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?



Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?



Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!



Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?
P/s: Ehem2.. Wahai penduduk kampung sekalian.. Aku just nak bgtau yang aku ni bakal cikgu tau!! (penuh makna betul pemberitahuan ini kan?)
Lu pikir la sendirik!! =)
Sekian, Terima Kasih 

Monday, February 14, 2011

Renung2 kan..

Bersyukur sebab 'TAK CANTIK'

by Naza Melman on Thursday, February 10, 2011 at 6:26am

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

..Subhanallah..

Thursday, February 10, 2011

Thanx Ye Kawan2.. =)

Assalamualaikum

..Aku nak berkongsi sesuatu.. 

Terima kasih diucapkan pada sahabat2 yang banyak menyokong dan memahami aku.. 
Tadi, aku ade berkongsi sesuatu pada kawan2 aku.. Aku rasa lega.. Kata2 yang amat aku suka dan akan aku ingat :
Kehidupan kita ada HITAM dan ada PUTIH.. Kadang kala, HITAM penting dan kadang kala PUTIH penting.. Jadi, nak pilih yang mana satu ye sebab dua2 penting??
Pilihlah tengah2 iaitu KELABU.. Kalau perlu pentingkan HITAM, selesaikan yang HITAM.. Kalau perlukan yang PUTIH, selesaikan yang PUTIH pulak.. Jadi, seimbangkanlah hidup dengan baik.. =)

Aku percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya (BACA ENTRY LEPAS).. Setiap orang akan diuji oleh Allah dengan pelbagai situasi yang boleh ditempuhi mengikut kemapuan seseorang.. Aku selalu berpendapat: kalau Allah uji aku, maksudnya Allah sayangkan aku..  Ini kerana, bila Allah menguji kita dan kita dapat menempuhinya dengan baik dan percaya padaNYA, InsyaAllah, kita merupakan hamba yang baik.. Amin..

Ape2 pun, aku just nak share yang aku happy sangat hari ni.. Terima kasih kawan2 =)

THANX TO ITIK KEJAM 2... 3... n 4EVA =)

Sekian, Terima Kasih..

Saturday, February 5, 2011

Sejuk Hati

Assalamualaikum

Kali ni, aku nak bercerita tentang
TASKA TERATAK COMEL BESTARI =)

Sebenarnya, ibu aku penyelia taska ni.. Jadi, kalau aku cuti2, aku memang akan jadi 'nanny' sementara kat taska ni.. Tapi, aku sangat suke sebab aku memang suke budak2.. Suke layan diorang.. Kalau kite pandai layan, diorang akan manja dengan melampaunya.. Hehe =) Sejuk hati bile tengok diorang senyum tau.. 

Ada yang membesar depan mata aku.. Ada yang aku jaga dari dia baby sampai lah dah besar (umur 3 tahun).. Best nya rasa.. Masa jaga budak2 ni, aku sedar yang betapa susahnya ibu jaga aku.. Maksud aku, susahnya mak2 n ayah2 kite ni jaga kite.. Menangis x tentu masa.. Berak kencing diorang yang basuhkan.. Kalau demam ke hape, diorang risau gler.. Pampers n susu yang diorang kena sediakan tu mahal tau.. Kalau kite ni alergic ke, kena beli susu mahal n pampers mahal.. Macam2 kan kerenah kita ni.. Aku memang insaf sangat2 la ble jaga budak2 ni.. Aku memang menghargai ibu ngan abah tapi lepas melalui pengalaman ni, aku lebih menghargai dan sangat2 menyayangi ibu n abah.. 


Sejuk hati kan tengok budak ni?? Serious dia comel sangat =)

Bila lama tak jumpe dorang, rase rindu woo..

Ni lah adek2 aku.. Ramai kan?? Muahahaaha =)

..Akak sayunk korang tau..


Nah.. Amek ni.. Huhu.. =)


P/s: Gambar ni aku amek dekat koleksi gambar perkahwinan Ayu Raudhah.. Aku minat kat monkey ponkey ni.. Cute sangatt!!


Sekian, Terima Kasih =)

Friday, February 4, 2011

Perkara Yang Buat Aku Marah Bile Aku Tengah Bawak Kereta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Huhu

Jangan tatot dengan tajuk aku.. Aku bukan marah kat korang pon.. Tapi kalau korang buat perkara2 yang aku x suke dekat jalan raya tu, memang aku marah korang!! Huhu..

PERTAMA

Aku pantang sangat kalau pengguna jalan raya buang sampah dari kereta.. Kalau orang buang sampah merata2 time x bawak kereta pon aku marah, ni lagi la kalau dia buang dari tingkap kereta.. Memang aku bebel2 la dalam keta.. Ada lah satu hari ni, aku tengok kete depan aku tu campak kulit buah dari tingkap kete dia.. Aku dah bebel2 dah.. Pastu, dia g buang pulak kotak rokok.. Haish.. X leh jadi ni.. Makin lama makin besar pulak sampah yang dia buang.. Aku paling risau kalau pemandu kete buang plastik sampah dari tingkap kete.. Aku terbayang, kesiannya dekat pemandu moto, kalau sampah tu terkena dorang (terutama plastik sampah tu terkena muka dorang ke) kan kesian.. Aku penah kena jugak, orang tu buang plastik sampah, dah kena kete aku, pastu ganggu penglihatan.. Tak pasal2 aku bukak viper di tengah terik matahari sebab nak buang plastik tu dari cermin kereta aku..

Moral of da story : Tolonglah simpan dulu sampah tu.. Nanti kalau berhenti kat mana2, carilah tong sampah dan buang sampah tu.. Kesian lah dekat pengguna jalan raya lain..

KEDUA

Aku marah jugak bila kenderaan kat depan x bagi signal.. Dah lah tak bagi signal, lepastu main masok je line orang.. Aku ni dah lah tak suke hon kete.. Kawan2 aku kadang2 naik marah kat aku sebab aku x suke bagi hon.. Memang aku x bg hon, tapi mulut aku akan bebel2 macam burung belatok.. Banyak jugak dosa aku time bawak kereta nih.. Hadooiii!!

Moral of da story : Aku x suke tekan hon sebab ade sumber yang aku dengar, bunyi hon ni boleh buat orang terkejot dan menyebabkan kemalangan.. Jadi, itulah sebabnya aku x bagi hon.. Kepada pemandu2 yang berkenaan, tolonglah bagi signal.. Plzzzzz!!

KETIGA

Aku sangat tak suke orang bagi hon x tentu pasal!! Dah bagi signal pon dia bagi hon.. Kadang2, xder salah pon dia hon.. Hadoi!! Gunelah hon bila diperlukan..

KEEMPAT

Aku x suke jugak bile lori ikut line kanan.. Tolonglah kesian kat kereta lain.. Susah bile lori kat kanan jalan ni coz, lori ni besar, jadi kite x nampak jalan kat depan.. Nampak lori je la kan.. Lepas tu, kadang2, lori2 kat kanan ni menakutkan pon ade.. Dah la besar, laju plak tu.. Huhu.. Bahaya woo.. Ikutlah peraturan, kenderaan berat di kiri..

PENDAPAT SENDIRI

1) Kita kenalah menjadi pemandu berhemah.. Jangan pentingkan diri sendiri..
2) Bertolak ansurlah ye ketika di jalan raya.. 

Aku bukanlah marah2 x tentu hala tau.. Tapi aku ingatkan diri aku sendirik jugak.. Setiap apa yang kite buat, fikirlah juga pengguna jalan raya lain.. Terima kasih =)

SEKIAN,TERIMA KASIH =)

Tuesday, February 1, 2011

Thanx lagi ye LADY SHANA =)

..Assalamualaikum..

Yeay!! 

Lady Shana bagi award =)

Aku dengan x malunye g save as picture gambar ni n letak kat belog aku.. Hehe =)


Thanx sangat-sangat ye Lady Shana.. I asek terharu je dengan U tau.. Auwww..

Cayunk LADY SHANA.. Nanti bagi award lagi k.. 

Tepuk-tepuk terima kasih:
Terima kasih.. Thanx U.. Terima kasih.. Thanx U.. Terima kasih.. Thanx U.. Haikk!!