BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Thursday, July 18, 2019

Hollaaaaa!! Beza travel & bercuti dan ciri-ciri partner travel yang best =)

Assalamualaikum dan Hollaaaaa semua =)

Setelah berhabuk dan bersawang sekian lamanya, maka, Eno Farhana buat comeback =)

Tolonglah abaikan post lama2 hakak sebab rasa macam dahsat sangat bahasa dan rupa hakak.. Nak buang sayang U olsss..

Eno Farhana kembali ni sebab ramai kenalan dan sahabat-sahabat saya mohon saya share tips / itinerari / pengalaman dan anggaran belanjawan sepanjang hakak travel =) 

Travel adalah salah satu minat dan hobi saya sejak bekerja. Travel boleh memberi suatu kepuasan dan ketenangan kepada saya untuk reward diri sendiri dan cara saya release tekanan.. Gitteww.. Dan... Saya lebih suka travel daripada bercuti.. Bagi saya berbeza maksud kedua-duanya.. Bagi saya, kalau bercuti, percutian itu pastilah indah, dirancang oleh ejen travel, saya follow itinerari yang telah disediakan, pengangkutan pun ada disediakan, penginapan selesa dan saya tidak perlu berfikir perkara yang renyah ketika bercuti tetapi hanya menyediakan duit untuk pakej tersebut dan shopping =) Tetapi... Saya lebih suka travel (mengembara / meneroka) sebab saya rasa lebih mudah untuk mendekati dan mengenali budaya sesuatu negara atau tempat yang saya pergi. Saya rasa lebih mencabar sebab kena search itinerari sendiri, cek tempat yang menarik untuk saya kunjungi, survey pengangkutan sama ada sewa kereta atau naik pengangkutan awam macam train atau bas, cari tempat menginap yang kena dengan budget (survey antara agoda dan booking), cari penerbangan yang murah dan lain-lain. Bagi saya, cabaran itulah kepuasan. 

Yang paling best bila travel, kalau dapat gang/partner yang sekepala. Jenis boleh redah je kemungkinan yang ada.. Tak jenis marah-marah atau merungut. Ye lah kan, pergi tempat orang, kalau sesat ke apa dan dua-dua jenis panas, memang moody je lah sepanjang travel. Tak enjoy langsung.. Jangan salahkan partner walaupun dia yang survey jalan ke atau buat itinerari sebab tu bukan tempat asal kelahiran dia pun.. Hang pun tak tahu tempat tu.. So, cool & chill je okay =) Faham tak maksud yang hakak cuba sampaikan? Fahamm please =) Nasib baik, partner travel saya jenis yang memang tak kesah la.. Tidur kat airport boleh, tidur dekat hostel boleh, tak mandi pun boleh (ada sebab la), kalau tak iron baju atau tudung pun boleh (penting bila travel, bawa baju atau tudung yang tak payah iron.... senang.. tak ambil masa lama nak bersiap).. Pendek kata, campak lah kami kat mana-mana pun, inshaAllah boleh survive.. Gittew =) Lepastu, cari lah partner travel yang jenis tak kisah atau mudah untuk sharing apa-apa. Pendek kata, yang tidak berkira.. Kalau berkira, susah juga.. Contoh kan.. Partner hang ada bawa makanan kan, mestilah dia pelawa hang.. Jadi masa hang beli makanan, hang pelawa lah balik. Jangan makan belakang pintu plaks =) Ada kes tau.. Bukan saya buat cerita tapi ni kisah orang lain. Sahabat-sahabat travel saya buat masa ni memang terbaik kimianya.. Gittew.. Boleh give and take.. Haa... Lepas tu kan, bila travel, kena banyak buat perbincangan. Dan kalau boleh, sama-sama cek itinerari atau search kat tempat yang kalian nak pergi tu. Jadi, tak ada lah letak tanggungjawab dekat seorang sahaja. Stress pulak nanti. 

Di post akan datang, saya akan share ya tempat-tempat yang saya dah pergi =) Mana yang baik, boleh dijadikan tauladan, yang buruk boleh dijadikan sempadan...

Sebelum tu, belanja gambar sikit =)





Delhi - Srinagar (Kashmir), India

Brunei Darussalam
(Negara yang saya suka sangat sebab tenang ya amat) 

 My backpack

 Kashmir, India

 Taj Mahal (Agra), India

 Kepulauan Semporna, Sabah

 Kepulauan Semporna, Sabah

 Phuket, Thailand

Gunung Merapi, Jogjakarta, Indonesia

Daaa~~~~~
















No comments:

Post a Comment