BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Monday, May 30, 2011

Nyamuk oh Nyamuk ..

Assalamualaikum

Tak boleh nak tdo sangat sebab nyamuk mengelilingi tubuh??
P/s : Hiperbola betul engkau ni... Bukan mengelilingi lah!!


Nyamuk tibe2 banyak sejak akhir-akhir ni dan agak mengganggu tidur aku sebab aku tergaru-garu.. Aku ni jenis yang x boleh tau kalau ada nyamuk gigit.. Mulelah aku akan =>

1) Bangun 
2) Bukak lampu
3) Mengira bilangan gigitan nyamuk
4) Menekan2 tempat kena gigit nyamuk tu dengan kuku hingga membentuk 1 bentuk yang cantek =)
5) Merasa puas dan sambung tdoq balik =)

Lagi satu habit pelik aku yang aku akan lakukan dekat nyamok ni :

1) Aku akan spray bilik dengan ubat nyamok..
2) Keluar kejap dari bilik tu kalau tak, dengan aku2 sekali pening.. Sembur ubat nyamuk nak bg nyamuk pening, tapi kalau aku pening sekali, ape cerr..?
3) Aku masuk bilik balik dan melihat lantai..
4) Nampak banyak nyamuk mamai2 di lantai bilik..
5) Aku akan menepuk2 nyamuk tu.. Nah, rasakan.. Ko hisap darah aku n kawan2 aku.. Bawa penyakit kan.. Amek kau.. 
P/s: Hakikatnya kesian tp terpaksa..
6) Menyapu bilik dan mengkebumikan mayat-mayat nyamuk tersebut ke dalam tong sampah..

THE END =)

Thursday, May 26, 2011

Belajar bawak motor!! Yeay =)

Assalamualaikum

BELAJAR BAWAK MOTOR WEH!!!!!!!!!!! BEST GLER!!!!

P/s : Selalu bawak kete jekan.. Bila bawak motor, excited lebih sebab rasa angin best.. Aircond semulajadi =)

THANX TO KAK RUBY =)

Misz Ruby yang kiri sekali =)
P/s: Terima kasih kerana mempercayai diriku "memandu" motor beliau.. Bagus gile sebab tabah naik n ajar aku yang memang x stabil time bawak motor tu.. uhuhu =)

EXCITED TAHAP GABAN LAH AKU TIME BOLEH BAWAK MOTOR TU!! HUHU..

Terus terfikir nak amik lesen motor =)

Terus berangan nak beli motor jugak
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Jang ~

Comel x? =)

Huhu.. Sekian.. Terima kasih!!

Monday, May 23, 2011

Dahsat Weh!!

Assalamualaikum

MODE : SANGAT HAPPY!!

Happy lah sangat .. =) Macam terencat sudah..

Seperti ada kesinambungan dengan entry lepas.. Setelah aku bercerita dengan panjang lebar tentang Korea, aku pon tertido sambil membuka lagu2 feberet Korea aku..

TIBA-TIBA

Aku mimpi SNSD n CN BLUE weh.. Serious aku x tipu.. Subhanallah.. Best nya..


&


TAPI

:memang x logik tau:

:nampak sangat mimpi:

SEBAB

First
Kononnya, SNSD datang nak buat video clip kat UPM.. Time aku nak g tengok diorang tu, kawasan tersebut sunyi dan xder orang.. Cume ada aku & kawan aku je.. Jadi, aku dapat tengok dorang buat video clip dengan senang lenang..
P/s : Kalau keadaan sebenar, xder makna lah kan nak sunyi sepi tempat tu.. Entah2, aku mungkin kepenyekan dalam kesesakan orang ramai kalau hakikat yang sebenar!! Lagi satu, dalam banyak2 tempat yang chantek kat KL, mengapa UPM yang dipilih?? huhu.. Memang nampak sangat mimpi lah kan.. 

UPM terchenta =)

Second
Aku g ngan kawan aku yang aku x berapa nak rapat.. Of coz lah kalau betul2, aku akan g dengan kawan2 baik aku untuk berkongsi kegembiraan.. Hehe =)

Ketiga
Aku nampak mereka (SNSD & CN BLUE) dengan jarak yang sangat dekat terutama JESSICA (SNSD) & JUNGSHIN CHINGU (CN BLUE).. Siap main tenung-tenung lagi n tersenyum2 lagi..
P/s: Oh.. Keadaan sebenar, tidak mungkin lah kan.. haha =)

Kitorang x sempat main peace2 je.. Haha.. Senyum2 sempat =)

Jessica pon sama.. X sempat nak berpeace2.. X sempat nak minx autograp gak.. Hadui2..

Aku terbangun dan tersedar dari lamunan sebab rumate aku kejut SUBUH.. Thanx rumate.. Patotlah macam liat nak bangun.. Huhu.. Tapi ape2 pon, bersyukur kerana mimpi yang indah hari ni.. Alhamdulillah =)

Terima kasih kerana sudi membaca =)

X nak la macam ni NADIATUL FARHANA!!

..Assalamualaikum..

OH!!

Sejak akhir-akhir ni, aku makin dahsat la..

Minggu pertama mule berkecimpung dalam arena korea => 
Habiskan 30 episode Running Man dalam MINGGU STUDY WEEK!!

Running man =)

Antara peserta tetap setiap minggu dalam running man =)

Minggu kedua mule berkecimpung dalam arena korea =>
Habiskan 51 episode Goguma Couple dalam MINGGU EXAM WEEK!!

Bagai pinang dibelah dua!! Comel =)









Bukan Seohun je yang nangis tau.. Ada yang meleleh lagi dahsat dari dia tau... Huhu.. Touching gler last episode dorg..

GAMBAR YONGSEO COUPLE YANG PALING AKU SUKE IALAH
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Jang ~


Suweet =)

Minggu ketiga mule berkecimpung dalam arena korea =>
Mule mendownload lagu2 dari Kumpulan SNSD dan CN BLUE dan lain2 yang agak best macam SHINEE, FT ISLAND, 2 PM dan variety show Korea yang lain..

Minat SNSD aka GIRLS GENERATION terutama Seohyun lepas tengok GOGUMA COUPLE =)

Minat CN BLUE terutama YONG HWA lepas tengok GOGUMA COUPLE =)
Lagu CN BLUE yang hari2 aku dengar 
1) I'm Loner
2) LOVE
3) Love Light
4) Love Girl
5) Love Revolution
6) Intuition 
Sedap2 tau lagu dorang.. Jemputlah dengar n carik sendiri di YOU TUBE ye.. =)

Minat SHINEE terutama MIN HO sebab tengok varity show ape ntah.. Best gler dia =)

Minat 2pm sebab tarian diorang dalam I'll Be Back best.. Terbaek!!

Minggu keempat mule berkecimpung dalam arena korea =>
Mule menghabiskan semua Reality Show yang ada dalam HARD DISK yang rumate "kesayangan" aku masukkan.. hehe =)

STAR GOLDEN BELL =)

EXPLORE HUMAN BODY by SUPERJUNIOR!!

Dream Team =)

King & Queen Idol =)

BANYAK LAGI VARIETY SHOW DORANG YANG BEST.. EXPLORE LAH YE =)
P/s: Aku minat tengok Variety Show dorang.. Dorang punye drama aku x start tengok lagi.. Takut addict nanti.. Hoho =)

MINGGU SETERUSNYA SANGAT BERKECIMPUNG DALAM ARENA KOREA =>
MULE TIDUR SEHINGGA PUKUL 3 ATAU 4 PAGI SEMATA2 MENONTON KOREA DAN MENCARI APA2 YANG PATOT DALAM YOU TUBE TENTANG KOREA!! DENGAR LAGU2 KOREA BERULANG2 KALI SAMPAI AKU TERTIDO!! PERGI REARSAL UNTUK 1 PROGRAM YANG AKAN DIANJURKAN OLEH KOLEJ AKU TAK LAMA LAGI PON AKU BAWAK TURUN LAPTOP UNTUK TENGOK KOREA!!

Dulu x macam ni pon!! Sekarang ni, sampai berangan nak g KOREA!!
Ape cerrr ni ?? Hadui2...

Korea Idaman =) Wait For Me!!
P/s : Berjanggut lah aku kan nak g sana.. Hadui2.. Xpe2.. Yang penting ada impian =) FIGHTING!!

Bantulah aku!! Plz... =)

Monday, May 16, 2011

Khas untuk ITIK KEJAM

..Assalamualaikum..

P/s : Warkah dari sahabat untuk sahabat..

Wahai ITIK KEJAM.. Dari minggu lepas kata nak jumpe aku..
Setiap malam aku tunggu kau mesej aku untuk terima mesej seperti ini :
Nadia, aku nak datang bilik kau ni..

...MALANGNYA... 
Setiap malam aku hampa.. Kau x msg aku pon..
Aku tunggu kedatangan kau pon, kau x datang..

Aku nak jadi macam ni sekarang
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
v
..Baik kau datang jumpe aku cepat..

Kang, aku jadi lebih dahsat
I
v

Ape2 pon.. Gambar ni hanya sebagai UGUTAN.. Tapi, kalau kau datang jumpe aku, aku akan melayan dengan sangat baik wahai Syira.. Jangan takot.. Mari2..

Sekian =)

Sunday, May 8, 2011

Ibu.. Mak.. Mama.. Mummy.. Umi.. Ma.. Bonda..

..Assalamualaikum semua..

Sebenarnya, setiap kali aku call mak aku, aku akan cakap benda ni..
Aku x segan, biarlah org nak kate ape..
Kalau kat umah, mak aku memang naik rimas sebab aku asyik cakap benda tu je..
Kalau time aku kat umah, dia selalu kate, "Bila nak balik UPM.. Rimas la".. Nada gurau la.. Aku n mak aku memang selumber je.. Huhu.. Aku pon cakap.. "Eleh, time Nadia kat UPM, suruh balik.."

Huhu.. Walaupun memang setiap kali aku call dia, aku akan cakap benda ni.. 
Setiap kali aku jumpe dia, aku memang akan peluk n cium dia..
Setiap kali aku jalan dengan dia, aku pegang tangan dia.. (Ngade2 lah aku ni kan.. Ingat kecik lagi)

TAPI
Sempena hari ibu ni, yang spesel sikit ialah..
Aku Nak Tulis Kat Belog benda yang aku selalu cakap tu!!

NADIA SAYANG IBU SANGAT2 BANYAK SAMPAI INFINITI =)
HAPPY MOTHER'S DAY 
buat ibu ku 
RATNA CHIROS!!



TERIMA KASIH =)

Wednesday, May 4, 2011

Keputusan yang sukar namun semakin tenang =)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada sebuah cerita.. Bila dengar, aku touching jugak lah.. Bukan jugak tapi amat touching..

Ada seorang pelajar PHD berusaha dengan amat keras buat tesis untuk PHD beliau.. Beliau mengkaji tentang Gunung Merapi di Indonesia.. Kesungguhan beliau di dalam membuat tesis terbukti sehingga beliau sanggup pergi ke Indonesia.. Dengan tenaga yang dikerahkan, usaha yang berganda, kos yang agak tinggi untuk membuat kajian tersebut dan masa yang diluangkan, akhirnya beliau berjaya menyiapkan tesis tersebut.. Ketika ingin mendapat pengesahan dari salah seorang pensyarah, pensyarah tersebut berkata pada beliau :

Pensyarah : Saya tahu awak telah melakukan perkara yang sangat terbaik, sanggup berkorban apa jua untuk tesis ini sehingga sanggup ke Indonesia dan macam-macam lagi. Tapi, percayalah, awak akan kecewa selepas ini.. 

Pelajar PHD dan penyelia pelajar tersebut turut terkejut dengan penyataan pensyarah tersebut..

Pensyarah : Awak akan sangat kecewa selepas ini SEBAB tiada orang yang akan buat yang terbaik seperti yang telah awak lakukan..

Subhanallah.. Touching giler cerita ni boleh tak?? Aku nangis kot bila dengar cerita ni.. Bagi aku, cerita ni boleh diaplikasikan kepada semua orang yang harus buat sesuatu perkara dan individu tersebut harus melakukan pengorbanan yang banyak (tenaga, masa, kos, kurang bersama keluarga dan lain-lain) untuk melakukan perkara tersebut agar ia menjadi perkara yang terbaik.. Namun, apabila perkara yang dilakukan itu telah selesai dengan jayanya, maka kepuasan itu akan timbul dan tiada orang lagi yang akan melakukan perkara tersebut seperti apa yang kita lakukan kerana pengalaman setiap orang adalah berbeza untuk mencapai kejayaan..

Aku telah membuat sesuatu keputusan yang agak sukar di dalam hidup hari ini.. Namun, bila aku dah buat keputusan serta nekad dan dah uruskan segalanya tadi, hati sangat-sangat tenang dan lega.. Hari ni juga, aku telah mendengar cerita di atas dari individu yang aku sangat kagumi dan akan aku kagumi sampai bila-bila..

Aku pasti, kita semua akan buat sesuatu perkara yang terbaik dan semampu boleh.. Oleh itu, 
ANDA AKAN KECEWA KERANA TIADA SIAPA YANG AKAN LAKUKAN PERKARA YANG ANDA TELAH LAKUKAN!!

Aku akan ingat cerita ni sampai bila2 =)