BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Saturday, January 14, 2012

Bagi Aku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ni aku nak buat perkongsian untuk semua dan diri sendiri juga


1) Jangan Rasa Down 

=> Kadang-kadang, perlu jugak rasa down ni berbanding rase confident melampau, TAPI jangan rasa down yang melampau sampai kite x berusaha untuk mengubah sesuatu itu supaya jadi lebih baik.. Kuatkan semangat dan buat sesuatu agar perkara yang x nak diingini tu x berulang semula..

2) Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Peroleh

=> Kadang-kadang kita rasa, kitalah yang paling teruk.. Kitalah yang paling x bernasib baik.. Kitalah itu.. Kitalah ini.. Seolah2, merungut dengan ujian yang Allah bagi.. Kalau nak cakap tu, kena fikir and jaga perasaan orang.. Mungkin ada yang lebih tidak bernasib baik dari kita.. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi.. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan binasa..

3) Tawakkal dan Yakin akan Allah

=> Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. Contoh, Aminah dapat 70% untuk subjek Matematik dalam peperiksaan.. Mungkin, Allah bagi dugaan dulu.. Kalau terus bagi 90%, nanti Aminah terlalu riak.. Allah akan bagi markah tu, tapi dengan usaha yang gigih, rajin buat latihan, rajin tanya cikgu dan lain2.... Alhamdulillah, Aminah dapat markah 90% ke atas sebab dia berusaha.. Hikmahnya, Aminah rapat dengan cikgu, tak sombong sebab dia pon belajar dari bawah, lebih menghargai ilmu sebab susah untuk faham sesuatu dan banyak lagi hikmahnya.. Mungkin sesuatu yang datang itu awalnya kita rasa seperti tidak bernasib baik, tetapi percaya dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan memberikan sesuatu dugaan itu melangkaui keupayaan hambaNya.. Pasti Allah akan berikan ganjaran kepada kita sekiranya bersabar.. Kalau x dapat di dunia pon, InsyaAllah di akhirat..


Akhir kata




Sekian, Terima Kasih =)

No comments:

Post a Comment