Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..
Sejak akhir-akhir ni, dugaan agak banyak berlaku dalam hidup ku.. Namun, aku pasti, semua orang akan mengalami kesusahan sekali-sekala bukan??
Bak kata pepatah, hidup ni ibarat laut.. Kadang-kala tenang, kadang kala bergelora..
Bila aku menghadapi 'sedikit dugaan', aku akan kuatkan diriku dengan mengingat semula sebuah kisah.. Ibuku yang bercerita tentang kisah ni.. (aku tukar sikit ek biar jd versi aku) =)
Al-kisah, ada seorang raja yang amat gemar memburu.. Baginda sering ditemani oleh seorang pengikut yang setia.. Setiap tindak-tanduk yang dilakukan oleh raja, dan setiap kali raja mengadu pada pengikut nya itu, pengikutnya akan berkata, "Ampun tuanku.. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya"..
Pada suatu hari, sedang si raja ini berburu, kakinya terluka. Maka pengikutnya yang setia itu berkata, "Ampun tuanku.. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya"..
Raja itu dengan marahnya berkata.. "Dari dulu kau kate macam tu.. Apa hikmahnya? Dah, aku perintahkan kau masuk ke penjara!!"
<<Si pengikut yang setia ni pun masuklah ke dalam penjara>>
Selepas itu, si raja ini pun berburu lagi.. Kali ini, baginda telah ditangkap oleh sekumpulan "manusia hutan" yang menangkap manusia untuk dijadikan bahan pemujaan.. Biasanya, manusia yang mereka tangkap ini akan dikorbankan.. Maka, sedihlah si raja ini tatkala ia diikat di satu tiang dan di bawahnya terdapat kawah air yang sangat panas..
......Tiba-tiba......
Sekumpulan manusia terdeput ternampak kesan luka yang terdapat pada raja tersebut.. maka, mereka pon melepaskan raja tersebut.. Maka, riang gembiralah raja itu pulang ke istana.. Apabila sampainya ke istana, baginda terus melepaskan pengikutnya yang setia itu.. " Wahai pengikut yang setia, memang betul kata kamu, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya"..
Maka, kata si pengikut yang setia itu..
"Ampun tuanku.. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya"..
"Sekiranya patik masih tidak dimasukkan ke dalam penjara, sudah pasti patik akan menemani tuanku berburu, dan patik yang akan menjadi korbannya tuanku"
..Sesungguhnya..
..Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..
Allah memberikan kita ujian serta dugaan kerana Allah sayangkan kita
..Insya-Allah..
salam eno, mmg stp yg berlaku ada hikmahnya. Kita je yg tak tahu ttg perancangan Allah terhadap kita.
ReplyDeletebtw eno, saya tag awk kat sini taw =)
http://anaraudhah.blogspot.com/2011/02/1st-ga-pearl-by-moon.html