BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Sunday, April 3, 2011

Mari Ketawa !! =>CARA-CARA NAK BUAT RUMET ANDA JADI GILA.... LEH TRY YER..:D

CARA-CARA NAK BUAT RUMET ANDA JADI GILA.... LEH TRY YER..:D

Sumber : Dyana Arshad & FB =)

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Psiko giler benda ni!! Haiyooooooooooo!!!!!!!

Sekian, Terima Kasih!!

Tuesday, March 29, 2011

Sayang MC D Lebih =)

Assalamualaikum My Dear Followers =)

Hari ni sangat happy sebab 

PEGI BELI MC D GUNE KUPON YANG BESH GLER!!!


Sedap woooooooo... Sempat lagi tau... Tarikh akhir dia 31 MARCH 2011..

Mula2, macam x pecaya je time dapat tahu tentang kupon ni.. Kosmate2 tercenta lah yang bgtau malam semalam.. Aku pon memang dah tekad gler nak g pagi ni.. Diorang kata, boleh print je kupon ni.. Ada sesetengah MC D tu, fotostat pon terima =) Aku pon bersemangat waja pergi print malam semalam!! Waaaaaaaa.... X sabar nye!!

BELI RM 5 DAPAT 2 FREE MAKANAN YANG BESAR PUNYE.. MESTILAH BEST!!

..PAGI NI..
Mesej kawan2 coz nak tanye, dorg jd g ke x?? Diam je.. Jadi, aku pon pegilah sorang2.. Keluar pukul 8 pg.. Sampai MC D pukul 8.10 pg.. Mak aiiii... Ramai orang dah berkerumun dekat luar tuh.. Aku pon mule2 mcm nak patah balik.. Tp, alang2 dah sampai, lalu lah depan MC D tu.. Tengok2, rupenye, x bukak lagi.. Patotla.. Aku pon tunggu la dalam kereta.. 8.15 MC D bukak.. AKu pon serbu lah ke dalam MC D.. Kelas kol 9 pg.. Sempat kot.. InsyaALLAH =).. Pukul 8.58 pg baru dapat order.. Tp x pelah.. Aku faham, orang berator memang panjang.. 

TAPI ADA SATU KEJADIAN NI

Aku tengah tunggu order.. Then, ada seorang kakak ni pon dtg ke depan kaunter sebelah aku n tanye staff MC D tu :-

Pelanggan A: Dik.. Kalau macam akak ni x der kupon boleh x kalau nak beli jugak..

Staf MC D : Boleh kak..

Aku : Dalam hati ( Kesiannya akak ni xder kupon.. Boleh lah aku offer kupon aku.. Kupon aku ada lebih ).. Tapi, tiba2..

Pelanggan A : Kalau x nak guna kupon, bolehlah akak x yah beratur ye.. Panjang ni..

Staf MC D : X boleh kak.. Akak kena beratur jugak.. Ada pelanggan yang x nak gune kupon tapi dia beratur jugak kak..

Pelanggan A : Mana boleh macam ni.. Bukak lah satu kaunter khas untuk orang yang tak nak guna kupon..

Staf MC D : X cukup pekerja kak.. (dengan nada bengang tapi sopan)

Pelanggan A : Akak bagi suggestion lah dik.. Bukak satu kaunter untuk orang yang tak der kupon.. Sampai bila ye gune vaucher ni?? X boleh lah macam ni.. Ni mesti kalau x der kupon orang x nak datang dah kan?? 

Aku : Dalam hati.. (Motif sangat akak ni cakap macam tu.. Dah lah kuat.. Jagalah maruah orang jugak kak..)

Pelanggan A: Dik.. Bagitahu ketua awak, buat kaunter untuk orang yang xnak guna kupon.. Esok akak datang, akak nak tengok...

Aku : Dalam hati (heeh.. akak ni, macam dia pulak boss).. Sabar lah ye staf MC D.. Aku memang kesian gle dengan staf tu td.. Dah lah penat.. Ada pulak pelanggan yang macam tu.. Sabar je lah ye..

Lepas pelanggan A tu cakap dekat kaunter, time dia ke belakang aku dengar lg suara dia mengutuk2 MC D tu.. Aku yang dengar ni pon aku geram..

MORAL OF DA STORY : 
Kalau korang beli MC D n kena tunggu panjang, jangan lah marah2 staf tu tau.. Kesian diorang.. Lagi pon, bukan selalu MC D buat promotion macam ni.. Jadi, semua orang harap bersabar lah ye =)

SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, March 24, 2011

Saya Sayang Kawan2 Saya!!

Assalamualaikum =)

..Saya sayang kawan2 saya..
COURSEMATE (BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Jangan aneh sangat tengok gambar ni k.. Walaupun amik kaunseling, kami tetap manusia normal =)

..Saya sayang organisasi yang saya anggotai..
MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA SESI 2010/2011

Minggu Perkasa Putra

Maaf kawan2.. Gambar ramai2 x dapat masukkan sbb  x leh dah upload gambar.. Ni ambik dari gambar post2 yang terdahulu..
..Susah senang kita bersama-sama..
..Kenangan indah xkan dilupa..
I LOVE MY TEAM =)

..Saya sayang Sekretariat saya..
SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN


Terima kasih kepada ahli sekretariat saya yang memberikan kerjasama yang amat baik kepada saya.. Sokongan anda terhadap sekretariat akan saya kenang sampai bila..
"KEUSAHAWANAN MENJANA MINDA"

..Saya sayang Flor saya.. 
JACARANDA 
MASTER EMERALD
EMERALD

..Setiap tahun, saya berada di dalam blok dan flor yang berbeza..
..Setiap darinya, ada kenangan yang tersendiri dan akan saya ingati sampai bila..
..Walau di mana saya berada, saya akan cuba bagi komitmen sehabis baik..

..Saya sayang kolej saya..
KOLEJ TUN DR. ISMAIL, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Kolej Tun Dr. Ismail
Banyak memberi erti kepada insan yang bernama NADIATUL FARHANA MAT SIHAP 
JASAMU DIKENANG

SAYA SAYANG SEMUA YANG SAYA KENAL!!
P/S: Tiba2, post kali ni baik ye bahasa.. bagus2.. =)

SEKIAN, TERIMA KASIH =)



Monday, March 21, 2011

Berangan Kejap Boleh?? Plzz =)

Assalamualaikum =)

Nak cite..

Aku nak berangan something..

Cuti sem kali ni lama (4 bulan)..

JADI

Aku nak keje supaya :

1) Betulkan tayar kereta aku yang dah berbunyik2.. Tak sedap telinga mendengar..

2) Nak tukar tayar kereta tu jugak sebab dah botak 
(bunga2 cinta dah tak ade langsung kat tayar kereta tu.. plain sudah...)

Lebih kurang macam ni lah tayar botak aku.. Sian kan..

Bestnye.. Nak tayar baruuuuuuuuuuu =)

3) Nak beli kamera baru..

Kamera lama yang menjadi pojaan hati selama ni..


I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
\/

IDAMAN YANG BARU


Nak LUMIX jugak.. X pedulik... Nak LUMIX jugaks =)

4) Nak beli MP3 =)

Comey gak MP3 SONY ni kan?? =)

OLEH KERANA KEINGINAN YANG TINGGI, SAYA HARUS BEKERJA!! 

HARUS!!

Handphone, biarlah kekal.. aku dah cukup selesa.. =)

Aip... Aip... Sape gelak, aku cepuk karang =)

SEKIAN, TERIMA KASIH =)

Saturday, March 19, 2011

Merong Mahawangsa !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera =)

Aku nak ucap terima kasih n tahniah sangat kat KRU sebab buat cerita ni sebab kalau x, mesti aku x tau hikayat ni (x baca buku sastera, macam gini la).. Aku bangga sangat bila tengok cerita ni.. Bangga sebab anak melayu boleh buat cerita sehebat ni.. Memang aku bagi lima bintang (blink.. blink..).. 

Oh Merong =)

Babak yang paling aku suka :
1) Part Puteri Cina n Putera Rom terjumpa dekat dalam hutan (suweett wa cakap lu)

Tolonglah.. Nape lah korang suweet sangat =)

Babak yang paling aku sedih :
1) Time laksamana yang jaga puteri tu mati 
(memang aku nangis teresak dan tahap melampau masa ni)

Babak yang kata2 dia besh :
1) Part Merong nak g perang n Embok merajuk tapi lepas tu dia lari kat Merong..
=> Hati2 dengan panah Geruda.. Kalau luka, di sini ada ubatnya =)

Oh.. Ini pon suweet =)
P/s: Gambar ni aku tuju khas untuk si ITIK KEJAM sebab dia minat sangat kat Rahim Ghazali =)

2) Time merong kata..
=> Tu saudara hamba, Merong Mahasuasa
(memang aku tergelak terguling2 time ni)

Babak yang suspend :
1) Time perang2 =)

Memang besh =)

Babak yang aku kagum :
1) Semua babak sebab cantik sangat filem ni (scene2 dia best).. nampak macam buat kat luar negara tetapi sebenarnya diorang wat kat Ganu Kito =)

Macam tengah tengok cerita Pirates Of The Caribbean kan3x??

Babak yang paling aku nak puji :
1) Watak jahat yang dibawak oleh Kamawas dan Taji memang superb dan memang jadi dan aku memang nyampah ngan watak tu dan memang aku geli, jijik dan segala bagai la.. Hebat dan mantop.. 
P/s: Jangan risau, aku bukan x suke pelakon tapi x suke watak dia je.. memang mantop!!

Hah.. Nampak bayang2 je.. Punyelah jaat..

Aku nak tengok lagi citer ni.. Hari tu tengok ngan kawan2, nanti nak tengok ngan mak aku plaks =).. Jalan cerita dia sangat best dan x boring.. Ada scene suweet, ade scene suspens, ade scene touching2, loving2, ade secene yang akan buat korg kagum n tergamam sekejap n mcm2 lg =)

Selamat Menonton!! X Rugi tengok Cerita Ni!! Mari Sama-Sama Sokong Filem Melayu!!

Friday, March 18, 2011

Pulangkan!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk entry kali ini aku dapat idea dari sahabat ku, Cik Kema Eliara yang post video lagu Misha Omar - Pulangkan .. 

Cakap pasal PULANGKAN ni, memang banyak benda aku nak tulis..

Kebetulan, minggu ni, ade macam2 cerita yang bersesuaian tentang PULANGKAN!!

Nak tahu kenapa??

Minggu ni, banyak kehilangan yang berlaku di kalangan kawan2..

1) Sahabat A => Hilang Fail
2) Sahabat B => Hilang Helmet
3) Sahabat C => Hilang Kamera (aku lah!!)

Huhu... Aku akui, aku tercicir kamera tu, tapi kalau ade hamba Allah yang baik dan berhati suci, mesti dia dah tolong pulangkan dekat security kan?? Takpelah.. Dah takdir aku.. Mungkin nak suruh aku beli kamera barulah tu.. Hehe =) Tapi, aku sgt sayang kamera tu... =(

Yang bertambah sedih, dah lah kamera hilang, dan dah pusing2 bagai dekat shopping complex tu, tp tak jumpe. Lepas tu, g lah mengadu kat tempat yang sepatutnya.. Kena ceramah free.. Waa..... Dah la barang hilang, kena ceramah lagi.... Sedih nye rasa... Down sangat2 time tu tapi nasib baek kawan2 yang teman aku time tu baik hati sangat. Teman aku cari kamera tu n segala bagai.. Thanx korang..

Yang macam aku nak gelak pon ade, kawan aku yang hilang fail tu, kisah dia macam aku jugak.. Lepas lebih kurang 2 jam barang kitorang hilang, baru kitorang perasan.. Padahal, aku n kawan aku tu berada di tempat yang berbeza tau tapi hilang barang pada hari yang sama.. Mungkin tu berkat jadi kawan baik kot.. Aku hilang barang, dia pon hilang barang.. 

Akhir kata.. 
Jagalah keselamatan barang anda.. =)


Lagi satu..
Kalau korang terjumpa barang kan, tolonglah pulangkan atau bagi kat security ke, balai polis ke atau ape2 jelah sebab benda tu mungkin penting bagi individu yang berkenaan.. Tq..


Nanti korang akan dihantui KAK LIMAH kalau x pulangkan.. Nak??

TERIMA KASIH!!

Thursday, March 10, 2011

Lama Gler Tak Update..

Assalamualaikum dan Salam Sayang dariku (Uwekk)

Rindu seh nak update belog ku.. Bersawang2 sudah...
Amek lah korang.. Banyak gambar aku nak letak untuk lepas GERAM!!
Sebenarnya, ade cter tersirat tau nape aku lame tak hupdate belag aku!!

SEBAB

Tibe, aku x leh upload gambar!!!
..Memang NGAMUK lah aku..
Pastu, Husna Lana agaknye, bagi idea agar aku buang video2 yang aku penah upload.. Hasilnye, aku dah leh upload gambar.. YEAY!!!!

TAPI!! SATU JE!!

Gambar ni je.. Pastu yang len2 x berjaya..

Oh.. Inilah padahnye, bile upload video x sedar diri!! Tak gune embeded dr YouTube sebab x leh.. Jd aku pon save then upload dalam belog.. Dan hasilnya, aku jua yang merana pada akhirnya.. Tak leh nak upload gambar dah kat belog aku..Kalau nak upload dia suruh bayar.. Owh TIDAK!!

Tension x?? Tension weh..

Banyak benda aku nak cerita tapi sume terbantot!!!

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =(

..Sekian, Terima Kasih..