BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Wednesday, May 4, 2011

Keputusan yang sukar namun semakin tenang =)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada sebuah cerita.. Bila dengar, aku touching jugak lah.. Bukan jugak tapi amat touching..

Ada seorang pelajar PHD berusaha dengan amat keras buat tesis untuk PHD beliau.. Beliau mengkaji tentang Gunung Merapi di Indonesia.. Kesungguhan beliau di dalam membuat tesis terbukti sehingga beliau sanggup pergi ke Indonesia.. Dengan tenaga yang dikerahkan, usaha yang berganda, kos yang agak tinggi untuk membuat kajian tersebut dan masa yang diluangkan, akhirnya beliau berjaya menyiapkan tesis tersebut.. Ketika ingin mendapat pengesahan dari salah seorang pensyarah, pensyarah tersebut berkata pada beliau :

Pensyarah : Saya tahu awak telah melakukan perkara yang sangat terbaik, sanggup berkorban apa jua untuk tesis ini sehingga sanggup ke Indonesia dan macam-macam lagi. Tapi, percayalah, awak akan kecewa selepas ini.. 

Pelajar PHD dan penyelia pelajar tersebut turut terkejut dengan penyataan pensyarah tersebut..

Pensyarah : Awak akan sangat kecewa selepas ini SEBAB tiada orang yang akan buat yang terbaik seperti yang telah awak lakukan..

Subhanallah.. Touching giler cerita ni boleh tak?? Aku nangis kot bila dengar cerita ni.. Bagi aku, cerita ni boleh diaplikasikan kepada semua orang yang harus buat sesuatu perkara dan individu tersebut harus melakukan pengorbanan yang banyak (tenaga, masa, kos, kurang bersama keluarga dan lain-lain) untuk melakukan perkara tersebut agar ia menjadi perkara yang terbaik.. Namun, apabila perkara yang dilakukan itu telah selesai dengan jayanya, maka kepuasan itu akan timbul dan tiada orang lagi yang akan melakukan perkara tersebut seperti apa yang kita lakukan kerana pengalaman setiap orang adalah berbeza untuk mencapai kejayaan..

Aku telah membuat sesuatu keputusan yang agak sukar di dalam hidup hari ini.. Namun, bila aku dah buat keputusan serta nekad dan dah uruskan segalanya tadi, hati sangat-sangat tenang dan lega.. Hari ni juga, aku telah mendengar cerita di atas dari individu yang aku sangat kagumi dan akan aku kagumi sampai bila-bila..

Aku pasti, kita semua akan buat sesuatu perkara yang terbaik dan semampu boleh.. Oleh itu, 
ANDA AKAN KECEWA KERANA TIADA SIAPA YANG AKAN LAKUKAN PERKARA YANG ANDA TELAH LAKUKAN!!

Aku akan ingat cerita ni sampai bila2 =) 

5 comments:

  1. nadia.... aku tak paham...
    citer ni sangat mendalam maknenye,....

    aku tau ade maksud tersirat...
    cite la cite la....

    ReplyDelete
  2. ko x yah faham lah syira!! nanti aku cter kat ko face to face.. suke x?? aku buat story telling kat ko.. haha =)

    ReplyDelete
  3. HAAA ITU YANG AKU NAK TUH. NANTI FACE TU FACE EHHHH

    (bersambung)

    ReplyDelete
  4. tadi cite kat chat pun tak habis !

    (bersambung jugak) *pinjam eh syira*

    bila nak sambung?

    ReplyDelete