BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Saturday, April 30, 2011

Aku Dah Kena Sumpahan!!

Assalamualaikum

SUMPAHAN??

SUMPAHAN APE KAH??

Waa... Kan orang tua2 pernah kata.. Jangan benci.. Nanti suka..

Waaaa... Memang dah terkena dah... Dari aku First Year kat UPM kawan2 aku minat "dia".. Tp aku x minat.. Aku x suka "dia".. Bila dorang cerita, aku layan dan dengar tapi aku x amek port sangat la.. 

TAPI.. SEM LEPAS..
Rumate aku ni pon peminat fanatik "dia" jugak.. Hari-hari cerita pasal "dia".. Aku x layan jugak.. 

Tapi sejak akhir-akhir ni.. Aku pon dah terpengaruh!!
Aku tdur lambat.. Lepas baca buku kejap terus nak luangkan masa dengan "dia".. Asyik nak tengok "dia" je... Addicted dah...


SAPE DIA NI??



I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
v

KOREAAAAAAAAAAAAAAA~ =)

Aigoo =)


Aku macam dah jadi peminat fanatik korea dah..

Aku minat tengok variety show..

Minggu lepas aku habiskan study week aku dengan tengok cerita RUNNING MAN..

Best wooo =)

Antara peserta2 tetap =)

Running Man ni best.. Reality Show tentang pertandingan antara 2 kumpulan.. Kelakar jugak lah..

Minggu ni, aku habiskan masa study aku di musim exam dengan cerita GOGUMA COUPLE yang suweet sangat lah wehhhhhhhhhhh... Lelaki tu, Yong dari CN Blue n perempuan tu, Hyun dari Girls Generation (SNSD).

Comel =)

Suweet sangat dorang ni.. Tolong lah tengok.. Lepas tengok dorg, tetibe terus minat CN Blue & Girls Generation =)

Lagi gambar suweet =)

Apa yang aku belajar bila tengok Reality Show Korea ni, mereka rupanya sangat sopan orangnya.. Dalam Goguma Couple ni, asalnya perempuan ni kekok tau.. Tak selesa bila jalan dengan lelaki sebab x biasa.. Dia sangat sopan, lembut, baik hati, skema dan sangat cantik!! Lama jugak lelaki ni ambil masa untuk bagi perempuan ni selesa dengan dia.. Lagi satu, agak "selude" dekat lelaki ni sebab dia x pernah paksa perempuan ni.. Kalau perempuan tu x selesa pegang tangan, dia x pegang lah tangan perempuan tu.. Memang sangat sopan dan dia hormat kat perempuan tu.. Diorang ade 51 episod tau.. Bile episod ke 20++, baru perempuan ni start selesa dengan lelaki ni.. =) Lelaki ni plak gentle sangat.. Perepuan ni, bila dah selesa, dia jadi manja tau.. Huhu.. Padahal, sebelum ni, lelaki ni pegang tangan dia sebab ape2 ke, dia macam pelik la.. Tapi lama-lama, best sangat.. Perempuan ni memang ambil masa nak betul2 sayang kat seseorang sebab ni first time tau dia bercinta.. Macam FIRST LOVE la.. Tolong lah tengok.. Setakat ini sahaja sinopsis yang aku mampu cerita.. Kalau ikut tahap keeksaitedann aku ni, nak je aku tulis setiap episod apa aktiviti dorang.. Goguma Couple ni nama couple ni yang bermaksud "Couple Sweet Potato" sebab perempuan ni suke makan sweet potato =) Nama rancangan, We Got Married.. Pesanan kepada sesiapa yang nak tengok, tengok lah selepas exam.. Jangan macam aku, time2 musim exam g tengok cerita.. Dah lah bile tengok 1 episod, nak tengok lagi!! huhu.. Ok lah.. Bubye =)

Kangsamida~ 
P/s: Terima Kasih =)

Monday, April 25, 2011

Ashraf Muslim dah bertunang.. Tahniah ye =)

..Assalamualaikum..
Sabtu hari tu, kebetulan aku tengok nasi lemak kopi o (TV9)..
Tibe2, dengar pengacara kata, ashraf muslim akan bertunang..
Tengoklah Ashraf dan tunangnya bertunang live kat tv 9..
Sangat seronok.. Aku excited gler.. Alhamdulillah..
Sejuk mata memandang tunang Ashraf Muslim..
Harap2 mereka berbahagia sampai akhir hayat.. Amin..
Mereka akan nikah di Mekah pada 1 Syawal.. Alhamdulillah =)

Tunang Ashraf (Dayana) Pelajar Perubatan di Universiti Manipal, India =)


SEMOGA BERBAHAGIA =)
p/s: Mode=> Happy gler =)

Sunday, April 17, 2011

OdahOne Giveaway : Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya

..Assalamualaikum..

Jom join satu giveaway.. Hadiah dia besh woo..




Meh join & klik pada banner ni untuk join n tengok hadiah yang mantop!!


Syarat-Syarat Penyertaan GA :

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog
(Aku ada I/C.. Yeay.. Lulus!!)
2. Menjadi follower bagi blog Odah + One = OdahOne
(Done =))
3. Buat satu entry berkenaan GA ini yang bertajuk;
"OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"
*Sila letakkan banner di atas di dalam entry tersebut & linkkan ke entry ini
(Shudah..)
4. Tag 2 orang blogger untuk JOIN GA 
(Done!!)
5. Sila tinggalkan URL entry yang anda buat pada kotak komen di bawah entri ini dengan format seperti  berikut ;
Nama : OdahOne
URL Entry : http://odahone.blogspot.com/2011/03/odahone-giveaway-bersamamu-hidup-ini.html
(Orite)

Tarikh Tutup :
30 April 2011

Peserta yang bertuah akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas TARIKH TUTUP penyertaan
http://odahone.blogspot.com/2011/03/odahone-giveaway-bersamamu-hidup-ini.html


Yang bertuah kena tag :
Lady Shana
Misz L.O.V.E


SEKIAN, TERIMA KASIH =)

Wednesday, April 13, 2011

Show Me Your BFF Contest

Assalamualaikum.. 


Kawan2 bloggers.. Jom join contest dari MISS NURUL BADIAH LAI =) 
Kalau berminat, klik link tu k.
Best woo.. Kalau menang, dapat dress n shawl.. 



 Meh join ramai2 =)


Gambar Yang Dipertaruhkan =)

Suke gambar ni =)



Dear Nurulbadiah Lai,

Dia lah sahabat baik saya yang pertama saya kenal dekat UPM..

Mula-mula, dia ni pendiam je orangnya..

Bila dah kenal, dia memang sangat baik..

Bila saya perlukan dia, dia sentiasa ada..

Kalau saya tak perlukan dia pun, dia tetap temani saya..

Bila saya gembira, dia ketawa..

Bila saya menangis, dia pun turut berduka.. 

Dia selalu menjadi pendengar yang baik..

Dan saya sangat selesa berkawan dengannya..

Dia seorang kawan yang baik..

Dia seorang kawan yang setia..

Dia juga seorang kawan yang sejati..

Dia lah.. Nurul Syahira Mansor aka Itik Kejam..

Saya harap, persahabatan ini berkekalan sampai bila-bila..

Friendship never die dear =)

SELINGAN
P/s:
Sebenarnya, kami berempat kawan baik..
Nak letak gambar berempat..
Tapi, gambar yang saya nak letak untuk pertandingan ni x dapat diupload oleh sebab saya dah x leh nak upload gambar baru.. huhu.. Sedih =(
Jadi, saya hanya join untuk gambar di atas..
Apa2 pun..

Love all of you!! (Serious ni.. X tipu!!)
P/s: Touching x? Touching x? Touching lah kan.. =)


..SEKIAN, TERIMA KASIH..


Saya Tag :

Itik kejam

Husna Lana

Raudhah 

Zuzu



Selamat MenJoin Contest =)

Tuesday, April 12, 2011

Telur Tiruan..

..Assalamualaikum.. 

Telur Tiruan???!!!!!!!

Takot x bunyiknyer?? 

Takotkan..

Meh baca dengan lanjut dengan KLIK SINI!!

Kesimpulan : Hati-hatilah dengan apa2 pon di dunia teknologi ni ye..

Sekian, Terima Kasih =)

Friday, April 8, 2011

Tahu x?? Aku pon baru tahu.. =)

Assalamualaikum..

Kenal x Scha?? Scha yang cumel tu..

Come here..
 Tengok gambar ni =)

Scha Al Yahya yang cumel!!

Nak tahu x? Si chantek manis ni rupenye ade uncle yang sangat fofular kat dalam bidang seni jugak!!! Siyes.. Baru2 ni, aku tengok FUHH!! (kat tv3) Baru tahu weh.. hehe =) 

Sape uncle nye ek?




3




2




1




Jeng3~





Taraaaa~







I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

USOP WILCHA!!

Percaya x?? Percayalah.. Sesungguhnya ini bukan cobaan.. Ini betul2 kejadian!!

Hehe =)




Tuesday, April 5, 2011

Semoga Allah Meredhaimu Wahai Hamba Allah..

..Bismillahirrahmanirrahim..

Semua yang terjadi adalah kehendakmu Ya Allah
Aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah
Semoga Engkau buka hati Hamba Allah itu agar bertaubat dan tidak lagi membuat larangan Mu
Itu sahaja doaku buat Hamba Allah itu Ya Allah

..Amin..

P/s: Purse hilang.. Dalam tu ada :

YANG PENTING
I/C
Lesen Memandu
Kad Diskaun Ibu (Pustaka Rakyat/King Cakes/Tesco)
Duit aku RM 10
Duit Topup RM 70 + Topup yang masih belum digunakan RM 50 (aku jual topup)
Kad ATM (BSN/CIMB/BANK ISLAM/MAYBANK/PERTANIAN)

YANG TIDAK BERAPA PENTING =)
Lip Gloss Kesayangan (ada 2 weh)
Kad2 kenalan aku
Keychain2 yang tergantung dekat luar purse 
(Keychain yang menunjukkan aku dah sampai kat tempat tu)
Kad Meal Plan (Time aku first year, aku gune kad ni untuk makan2.. Ala2 touch n go)
Kad SSPN

..Al-Kisah..

SEMALAM
3.30 petang - masuk library dekat fakulti 
(biasanya aku akan bawak masuk semua barang2 berharga termasuk wallet tp semalam rasa x nak bawak masuk purse sebab biasanya xder apa2 yg terjadi.. lagipun, nak masuk kejap je)

4.30 petang - keluar dr library dan kelihatan beg aku telah terbukak dan purse aku x der..
(cuba juga mencari2 di tempat lain.. manalah tau tertinggal ke.. tp mmg xder)

HARI INI
Nak blox kad CIMB.. Tapi, bile pergi dekat kaunter, pegawai bank tu kata :
Kad bank adik memang dah terblox secara automatik sebab ada orang yang cuba keluarkan duit tp nombor pin salah..
P/s: Aku sangat2 tergamam sebab Hamba Allah tersebut memang berniat mencuri.. Memang nampak sangat orang ni terdesak dan sangat2 memerlukan duit sehingga duit yang ade dalam purse x cukup dan cube keluarkan duit dr dalam bank.. 

Moral of da story :
Memang salah aku pon, x bawak purse masuk.. Wahai pembaca sekalian.. Korang hati2 lah ye.. Bagi pelajar universiti atau yang duduk kat asrama ke, jaga2 lah barang2 anda.. Nak akhir2 sem ni, kebanyakan orang xder duit.. Jadi yang terdesak tu, memang akan "mengambil".. Kes hilang agak banyak lah sekarang sebab orang terdesak.. Walaupun sekejap ke, bawaklah barang berharga ke mana-mana.. Selalu kunci pintu sebab dekat asrama pon ada jugak kes hilang2 ni.. 

HATI-HATI ye =)

Sekian, Terima Kasih..