Salam..
Warkah untuk sahabat yang bernama Syazrul Faiz Ab Jabal..
Assalamualaikum.. Faiz, kalau faiz dapat baca apa yang eno nak tulis ni, harap Faiz dapat hayati sebab ini memang tulus ikhlas dari hati Eno. Kita memang x rapat sangat.. Sekadar kawan cosemate.. Tapi ni dah tahun akhir, jadi selama tiga tahun yang lepas, hampir hari2 tengok Faiz.. Jumpe Faiz dekat kelas.. Dengar lawak faiz.. Dengar gurauan Faiz.. Dengar suara Faiz..
TAPI..
Sekarang, dah x ada.. Dah x dengar pon suara Faiz.. Sebab, Faiz yang selalu ceriakan kelas..
Lepas tu, sebelum ni, kita agak rapat sebab Faiz MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) dekat Kolej.. Jadi, hari2 jugak nampak Faiz.. Bukan setakat hari-hari, memang siang malam kita sesama MTM saling berjumpa sebab ada meeting.. MTM lain tengah tension2, tapi Faiz yang ceriakan suasana.. Buat lawak.. Dan semua gelak semula.. dari muke ketat, kepada muka senyum.. =) Faiz yang letak notis dekat pintu Lotus (BILIK MTM) " Kawan2, susun kasut anda.. Sekian".. Ingat x Faiz?? Ingatlah memori manis yang telah faiz tempuh bersama kawan-kawan.. Kami sentiasa dokan Faiz agar sihat kembali..
Faiz juga telah buka hati Eno sebagai seorang insan.. Faiz bagi semangat pada kami secara tidak langsung.. Banyak sungguh ujian Faiz.. Nadia kagum dengan Faiz sebab Faiz seorang yang sangat kuat dan tabah.. Tahu x, Dr. Tun kata, "Faiz ibarat mati namun hidup kembali".. Faiz kembali sebab kekuatan faiz.. Faiz kembali dengan berkat doa orang yang sayang kat Faiz..
Faiz ingat lagi x, yang sebelum Faiz sakit, Faiz ada training dekat track (Bukit Jalil).. Faiz terjatuh.. Pengsan selama setengah jam tapi orang tak perasan.. Dah setengah jam tu, baru orang perasan dan bawa Faiz ke HUKM.. Faiz terkena serangan jantung.. Tapi, serangan itu effect kepala Faiz sebab oksigen tak sampai ke otak selama 30 minit.. Faiz dalam keadaan yang kritikal.. Selepas bedah, faiz x sedarkan diri.. Ramai yang lawat Faiz dan sentiasa doakan Faiz kembali sihat.. Tak sampai hati kami melihat Faiz.. Dari seorang yang sangat aktif sukan (atlet lompat jauh negara), kepada seorang yang terlantar di katil hospital tanpa sedarkan diri.. Pada ketika itu, kami hanya mampu doakan Faiz dan berbisik di telinga Faiz...
"Faiz, sedarlah, ramai yang tunggu Faiz"..
"Faiz, bangun, nanti kita jalan-jalan dengan cosemate.. Kami tunggu Faiz k.."
"Faiz, bangun ek, ramai sayang kat Faiz"
"Faiz.. Faiz kuat kan.. Bangun k.."
Kadang2, nampak air mata bergenang di mata Faiz, seolah2 memahami apa yang kami katakan..
Alhamdulillah, respon faiz semakin baik.. Mampu bukak mata.. Lepastu mampu bergerak.. Dan sekarang dah boleh bercakap =)
TAPI
Ingatan Faiz tidak seperti dulu.. Namun, Alhamdulillah.. Ada sesetengah perkara Faiz masih ingat.. Kami sangat bersyukur kerana Faiz telah kembali.. Kalau bandingkan keadaan Faiz selepas terkena "accident" tersebut, aku bersyukur pada Mu Ya-Allah.. Sesungguhnya, DIA lah yang paling berkuasa..
Gambar Faiz masa kami melawat hari tu =)
Faiz menulis =)
Faiz : Tulisann aku x cantik la..
Kak Poi : Xpe la.. cantik lah tu.. Tulisan K*z**** (cosemate) lagi buruk... hehe =)
p/s: Tulisan dia x sama macam dulu tapi Alhamdulillah Faiz dah boleh menulis =)
Da mampu senyum =)
Semoga Faiz sehat ok!!!!!! =)
... Wassalam ...
No comments:
Post a Comment