BERKAWAN BIAR BERIBU.. JOM SAMA-SAMA FOLLOW =) TINGGALKAN URL ANDA..

Followers

Thursday, July 18, 2019

Hollaaaaa!! Beza travel & bercuti dan ciri-ciri partner travel yang best =)

Assalamualaikum dan Hollaaaaa semua =)

Setelah berhabuk dan bersawang sekian lamanya, maka, Eno Farhana buat comeback =)

Tolonglah abaikan post lama2 hakak sebab rasa macam dahsat sangat bahasa dan rupa hakak.. Nak buang sayang U olsss..

Eno Farhana kembali ni sebab ramai kenalan dan sahabat-sahabat saya mohon saya share tips / itinerari / pengalaman dan anggaran belanjawan sepanjang hakak travel =) 

Travel adalah salah satu minat dan hobi saya sejak bekerja. Travel boleh memberi suatu kepuasan dan ketenangan kepada saya untuk reward diri sendiri dan cara saya release tekanan.. Gitteww.. Dan... Saya lebih suka travel daripada bercuti.. Bagi saya berbeza maksud kedua-duanya.. Bagi saya, kalau bercuti, percutian itu pastilah indah, dirancang oleh ejen travel, saya follow itinerari yang telah disediakan, pengangkutan pun ada disediakan, penginapan selesa dan saya tidak perlu berfikir perkara yang renyah ketika bercuti tetapi hanya menyediakan duit untuk pakej tersebut dan shopping =) Tetapi... Saya lebih suka travel (mengembara / meneroka) sebab saya rasa lebih mudah untuk mendekati dan mengenali budaya sesuatu negara atau tempat yang saya pergi. Saya rasa lebih mencabar sebab kena search itinerari sendiri, cek tempat yang menarik untuk saya kunjungi, survey pengangkutan sama ada sewa kereta atau naik pengangkutan awam macam train atau bas, cari tempat menginap yang kena dengan budget (survey antara agoda dan booking), cari penerbangan yang murah dan lain-lain. Bagi saya, cabaran itulah kepuasan. 

Yang paling best bila travel, kalau dapat gang/partner yang sekepala. Jenis boleh redah je kemungkinan yang ada.. Tak jenis marah-marah atau merungut. Ye lah kan, pergi tempat orang, kalau sesat ke apa dan dua-dua jenis panas, memang moody je lah sepanjang travel. Tak enjoy langsung.. Jangan salahkan partner walaupun dia yang survey jalan ke atau buat itinerari sebab tu bukan tempat asal kelahiran dia pun.. Hang pun tak tahu tempat tu.. So, cool & chill je okay =) Faham tak maksud yang hakak cuba sampaikan? Fahamm please =) Nasib baik, partner travel saya jenis yang memang tak kesah la.. Tidur kat airport boleh, tidur dekat hostel boleh, tak mandi pun boleh (ada sebab la), kalau tak iron baju atau tudung pun boleh (penting bila travel, bawa baju atau tudung yang tak payah iron.... senang.. tak ambil masa lama nak bersiap).. Pendek kata, campak lah kami kat mana-mana pun, inshaAllah boleh survive.. Gittew =) Lepastu, cari lah partner travel yang jenis tak kisah atau mudah untuk sharing apa-apa. Pendek kata, yang tidak berkira.. Kalau berkira, susah juga.. Contoh kan.. Partner hang ada bawa makanan kan, mestilah dia pelawa hang.. Jadi masa hang beli makanan, hang pelawa lah balik. Jangan makan belakang pintu plaks =) Ada kes tau.. Bukan saya buat cerita tapi ni kisah orang lain. Sahabat-sahabat travel saya buat masa ni memang terbaik kimianya.. Gittew.. Boleh give and take.. Haa... Lepas tu kan, bila travel, kena banyak buat perbincangan. Dan kalau boleh, sama-sama cek itinerari atau search kat tempat yang kalian nak pergi tu. Jadi, tak ada lah letak tanggungjawab dekat seorang sahaja. Stress pulak nanti. 

Di post akan datang, saya akan share ya tempat-tempat yang saya dah pergi =) Mana yang baik, boleh dijadikan tauladan, yang buruk boleh dijadikan sempadan...

Sebelum tu, belanja gambar sikit =)





Delhi - Srinagar (Kashmir), India

Brunei Darussalam
(Negara yang saya suka sangat sebab tenang ya amat) 

 My backpack

 Kashmir, India

 Taj Mahal (Agra), India

 Kepulauan Semporna, Sabah

 Kepulauan Semporna, Sabah

 Phuket, Thailand

Gunung Merapi, Jogjakarta, Indonesia

Daaa~~~~~
















Sunday, July 21, 2013

Assalamualaikum..

Sudah lama x menulis..

Lain rasanye =)

Hehe =)

Alhamdulillah.. Tahun ni, saya dapat jadi Guru Interim (apa tu??) pada bulan 3..
Guru Interim ni guru sementara yang dimasukkan ke sekolah yang sememangnya kekurangan guru.. Dipanggil guru sementara kerana pada ketika itu belum posting lagi =)
Dan, yang gembiranya, saya dipostingkan di sekolah yang sama  pada bulan 7..
Alhamdulillah.. Thank you Allah.. Love you Allah <3

Ibu lah yang paling seronok dalam dunia SEBAB dapat dekat
I
I
I
I
I
\/
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 
(SMA MAIWP)
tp kalau orang yang jarang / x biasa / org luar suka sebut nama SMAWIP.. xpe lah, janji maksud sekolah yang sama
dekat Bandar Seri Permaisuri yakni 15 minit je dari Alam Damai =)

Melompat2 gumbira =)

Hooray =)

Love u =) Ini lah orang yang paling gumbira bila dapat KL sebab sy minx Sabah sebenarnye =) ngee =)

Alhamdulillah.. Sangat bahagia =) Sekolah baru, dekat dengan rumah, pelajar baik / berakhlak, pengurusan / pentadbiran sekolah sangat supportive & cikgu2 yang best =) 
Apa lagi yang kau nak hah Nadia.. semua dah lengkap..
 Syukur Alhamdulillah =)



Ayuh Merah... Luaskan Kuasamu Merah =)

Program Aku Janji 
Program besar pertama yang saya handle di SMA MAIWP 

Projek Kerjaya di Jabatan Kimia Malaysia

Cekgu cekgi =)

Kami di Pantai Beserah, Kuantan =) Kami jon KESSUMA (Kejohanan Sekolah2 Agama Malaysia & kami wakil Wilayah Persekutuan)

My team => Badminton

Ini dululah coretan setelah sekian lama x berkongsi =)

Nanti bila2 sy conteng lg ya =)



Terima kasih kerana sudi membaca =)






Sunday, July 29, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Lama dah x update..

Nak update tentang perasaan sebagai seorang pendidik =)

Saya jadi pendidik selama 3 bulan (cikgu praktikal), tapi serious pengalaman ini sangat manis dan best!!

Saya berada di SMK CHERAS sebagai guru :
1) Kaunseling
2) Pendidikan Moral

Bagi saya, jadi seorang kaunselor ini banyak memberi keinsafan / saya banyak muhasabah diri sendiri.. Kadang kala, tidak sangka, pelajar / remaja yang masih muda sudah mempunyai masalah / isu / kisah yang tersendiri.. Kadang-kala dugaan yang mereka tempuhi itu menjadikan kita kagum serta bersyukur dengan nikmat Allah kepada diri kita sendiri..

Pengalaman kamu semua juga banyak mengajar cikgu wahai pelajar2 ku sayang <3

Semenjak jadi pendidik ni, macam2 kisah yang saya tempuhi.. Saya selalu update status FB mengenai pengalaman2 bersama mereka =)

Program-program yang dianjurkan oleh sekolah amat membandu dalam merapatkan hubungan saya dengan para pelajar =) Saya bukan sahaja rapat dgn pelajar kelas tetapi juga dengan pelajar yang saya tidak mengajar..

Miss them a lot!!

My Sketsa Team =)
Number tiga =)
P/s : Kesian dorg.. Selalu kena marah =) Hehe..

Cikgu di UBK, SMK Cheras =)

Thanx semua =)

Sketsa Team lagi..

 Gambar berdua-duaan dengan student =)

 Gambar dengan cekgu2 =)

 Gambar dengan cekgu2 lagi =)

Time dekat kelate =) Projek PRS.. Alhamdulillah projek tu menang.. X sia2 kita merantau jauh2 kan.. hehe =) 

Muke bahagia~ Nak Fly~ Tp x dapat =( 

Form 5 dekat UPM =)

Serius cekgu dah rindu awak semua!!
Cikgu doakan awak semua berjaya ok!!
BEST OF LUCK..

SOb3x...

Daa~


Thursday, May 17, 2012

Tahun ni dah buleh nyanyi lagu Guru Malaysia =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tanggal 16 MEI 2012.. Genaplah sebulan aku n partner di SMK CHERAS.. Kami masuk sekolah 16 April 2012 =)

X sedar pun dah sebulan di sini =) 

Macam2 kenangan jugak dekat sini =)

Semalam sempena hari guru, buat kecil-kecilan dulu sebab sambut besar2 nya 25 Mei.. Skrg ni mnggu exam.. Jd nak student fokus exam dulu =)

I
I
I
I
I
I
V

Happy Teachers Day =)

To all my beloved teacher from :
1) Sekolah Kebangsaan Usaha Ehsan
2) SMK Hillcrest
3) MRSM Kuantan
4) PLKN, Kem Etnobotani
5) Kolej Matrikulasi Johor
6) Universiti Putra Malaysia
7) Kawan-kawan yang baru menjadi guru praktikal di sekolah seluruh Malaysia
8) Untuk semua guru di Malaysia


tidak lupe untuk guru seumur hidupku..

IBUKU SAYANG =)



NAK CERITA PASAL SEMALAM


Ni gambar pelajar bersajak semalam =)
Teringat zaman aku muda2 dulu.. Haha.. 

Jangan jelos.. Kami meraikan hari guru di jalan TAR =) haha..
With Cikgu Haiza, Cikgu Fiqah, Cikgu Ruby, n ex-student Cikgu Haiza, Siddiq..
Beliau lah yang drive =) Hehe.. Cikgu Haiza belanja makan =) Hehe..
Aku??
Hampeh.. Haha =)

Okies.. Next..

Cik Robiatul, Cik Nadia & Puan Haiza =)

Kat kedai Baju Melayu =)


Huhu..

Lastly.. Ni gambar permandangan Kuala Lumpur =)

Okies.. da nak balik.. Bye =)

Lastly!!

My feberet song.. Jom nyanyi~
B4 ni, ikut cikgu je nyanyi lagu ni.. Tapi, tahun ni, dah boleh nyanyi lagu ni sebagai seorang cikgu =)

Okies =) Kesimpulannya, jadi cikgu ni kena banyak sabar.. Baru fhm perasaan cikgu2 sebelum ni.. Mereka marah, sebab mereka sayang =) Aku pun tegur pelajar sebab sayang =) Aku suke jadi cikgu =) Cikgu sayang semua =)

Okies.. Bubye =)

Saturday, April 21, 2012

Cikgu Nadia ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Dah hari ke 6 jadi cikgu.. Cikgu praktikal di SMK CHERAS..

Serious hari first NERBES gle =)

Lama2.. Ok la sket..

Sekarang dah x nerbes.. Cuba sesuaikan diri dengan tempat baru.. Cube kenal cikgu2.. Cube kenal murid2 =)

Ngee.. Hari ni ade  sekolah ganti..

Jadi ni muke cikgu untuk hari ni =)

Tergedik la plak gmbr ni.. Aigoo~


Ok2.. Cikgu tunjukkan gambar dengan partner plak k..

Gambar teruja sangat lah plak.. 

Ok.. Next...

Ni gambar tdo plak.. Alamak.. Kantoi!!!
P/s: haha.. ni gambar menipu.. jgn tertipu..

Jadi cikgu ni seronok sebenarnya.. Melayan karenah pelajar.. 

Buat masa ni, xdr pengalaman mengajar lg sbb next week baru ada kelas...

Oleh itu, next week baru dapat merasai perasaan cikgu mengajar.. Minggu ni baru merasai perasaan cikgu kaunseling.. Ngee =)

Ok.. Tamat.. Sekian, terima kasih..

 

Tuesday, March 27, 2012

Alhamdulillah and thanks a lot to Allah =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah dengan nikmat dan kuniaNya..

Pada 25 Mac 2012, kami para pelajar tahun akhir di KTDI, UPM di sambut di Rajah Brooke Ballroom di Nilai Spring Resort =) Ni gambar with VIP =)

Teka aku yang mana =) semua orang nampak haluussss je.. hehe...
Final year yang disambut pada malam ini :
1) Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
2) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Moral)
3) Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani)
4) Bacelor Pendidikan (Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) TESL

Terasa diri ini macam artis =) Backdrop ala2 AJL =) I like =) Thanx adik2...

Ambil gambar di pintu gerbang =)

Bunga2 yang indah di samping bunga2 yang menarik =) hehe..

My beloved coursemate =) Gambar ni aftr majlis =)

Itik Kejam
Yana
Etonzz
Eno Farhana
      
Nana Chocoholic
Ini gambar coursemate yang semeja =)

Last but not least :
Sesungguhnya, aku agak sebak semasa berada di sini (Nilai Spring Resorts).. Masa reasal, time nyanyi lagu UPM pun aku dah mengalirkan air mata.. Aku terfikir, bile lah aku akan nyanyikan lagi lagu ni.. Lepas tu, time buat performance pun, sajak yang aku bacakan tu, dah lah lirik dia agak touch.. Then, pasangan sajak aku, aku tgk air mata dia bergenang.. Aku pun jadi bergenang jugak =( Then, akhir sajak piching sajak aku lari sebab aku dah sebak sangat dah.. Then, tangan dah gigil.. Lepas habis, aku turun, dalam keadaan sebak tp air mata x mengalir lagi.. Just bergenang.. Tapi, bila adik2 kesayangan aku yang di bawah ucapkan tahniah, aku tak tahan dah.. Air mata mengalir laju.. Dah duduk dekat tempat duduk pun, air mata masih mengalir dan macam susah nak berhenti..

Aku teringat time first2 aku masuk KTDI, aku x tahu apa2.. Kakak2 n abang2 ni asyik cakap pasal semangat kolej, kena join aktiviti kalau nak stay, kena buat itu, kena buat ini... Itu tahun satu ok.. Aku tak tahu ape2.. Jadi memang agak jahil la.. Tapi, lama2... Memang aku makin sayang kolej.. Lepas tu, sanggup korbankan cuti.. Lepas tu, seronok join program.. Kalau duk bilik, rasa boring giler..
Subhanallah.. Perasaan yang unik..
Aku makin seronok.. Rasa nak berbakti pada kolej.. Kalau ade sukan yang kolej main, rasa nak support semua.. Walaupun aku x main sukan, tak apa, yang penting support je.. Baru aku faham darah UNGU yang dimaksudkan senior2 dulu... Sekarang ni, kalau ditoreh la dekat tangan ke, kaki ke atau mana2, memang x leh ubah darah secara zahirnya warna merah, tapi yang tersirat dan yang batinnya, ialah darahku berwarna UNGU.. Banyak perkara yang aku belajar di sini dan ubah diri DARI :
1) Pendiam => X Diam sangat la
2) Pemalu => Tak tahu malu
3) Tak reti cakap => Dah reti cakap
4) Takut nak luah pendapat => Boleh dan berani luah pendapat
5) Tak reti nak urus orang atau bagi arahan dekat orang => Dah boleh bagi arahan (InsyaAllah)
6) Tak nampak potensi diri => Ade potensi rupenye aku ni

Pemimpin dilatih atau dilahirkan?

Untuk kes aku, aku dilatih.. Ya.. Dilatih di KTDI.. Kawan2 aku pun ada cakap aku banyak berubah.. Tak macam dulu.. Kalau perubahan yang dimaksudkan ke arah yang lebih baik, ALHAMDULILLAH =)

Aku banyak belajar dari ibu tersayang, senior2 ku, dari pemimpin2 sebelum ini, dari pihak pengurusan, dari felo2 dan dari rakan seperjuangan serta adik2 ku =)

AND THIS IS FOR ALL OF YOU THAT ALWAYS SUPPORT ME
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Thanx to all =)
Aku sangat x sangka sebab dapat anugerah ni (anugerah kepimpinan).. Thanks to Allah..

Di kesempatan ini, aku nak minta maaf kepada sahabat-sahabat, atau pun adik2 KTDI.. Kalau akak pernah tertegur dan mengguris hati kamu, akak minx maaf ya.. Akak tegur kamu sebab akak sayang kamu =) Akak tegur kamu sebab akak nak kamu semua buat kerja dengan teliti dan perfect.. Kita memang x perfect dik, tapi kita boleh berusaha untuk jadi perfect =) Yang penting usaha.. Akhir kata, positifkan diri anda dan tunaikan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin ya..


Sekian , terima kasih =)

Monday, March 26, 2012

Mak borek anak rintik =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Ade al kisah =)

Hari tu, baru2 ni jugak (hari Jumaat), aku balik rumah..

Lepas tu mak aku ceritalah yang dia terlanggar devider jalan..Aku dengan sangat excited tanya yang devider tu yang tinggi ke yang rendah??

Ibu pun tunjuk lah contoh (kebetulan dalam kete).. Agak tinggi devider tu..

Pas tu aku pun senyum2 n gelak sikit..

Sebab, patutlah aku pun terlanggar devider b4 sampai umah.. Tapi, devider rendah je.. Hehe..

Itulah mak borek, anak rintik =)

Sekian =) Terima kasih..